Koeman yakin Barca akan bertambah baik

MADRID, 17 SEPT – Ronald Koeman tetap tidak berganjak Barcelona akan bertambah baik tidak lama lagi namun dia akan berkunjung ke Granada di La Liga pada Isnin dengan menerima tekanan, di mana pasukannya didakwa bukan sahaja mengalami kekalahan namun kehilangan identiti mereka.

Barca dilihat seperti hilang arah semasa kekalahan 3-0 di tangan Bayern Munich pada Selasa lalu, jurang kualiti yang ditunjukkan sangat jelas berbeza di mana Bayern mudah mengawal perlawanan pada separuh masa kedua.

Pada penghujung perlawanan, peminat tuan rumah di Camp Nou dilihat kurang berminat dengan aksi pemain di atas padang. Pasukan kendalian Koeman gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat, kurang mengawal bola dan mencatatkan kekalahan tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri di Liga Juara-Juara, dan dibolosi 10 kali.

Selepas penjualan pemain besar-besaran dan Lionel Messi meninggalkan kelab, tiada sesiapa yang terkejut menyaksikan Bayern menjadi pasukan yang lebih baik.

Namun Barca bakal berdepan tugasan lebih ringan, bermain menentang Granada pada Isnin sebelum bertemu Cadiz dan Levante, perdebatan bermula mengenai gaya permainan yang semakin merosot dan sama ada Koeman adalah jurulatih tepat untuk menutup jurang.

“Kami perlu menanganinya,” kata Gerard Pique selepas perlawanan pada pertengahan minggu. “Kami perlu lebih realistik,” tambahnya. – AFP

Reaksi kecewa penyerang Barcelona, Memphis Depay selepas pasukannya ditundukkan Bayern Munich di Camp Nou, baru-baru ini. – AP