Koepka buru kejuaraan ke-6

KIAWAH ISLAND, 23 MEI – Brooks Koepka yang berusia 50 tahun terpaksa bermain dengan menanggung kesakitan untuk memburu kejuaraan di Kejohanan PGA.

Koepka, yang menjalani pembedahan lutut sebelah kanan pada Mac, berharap dia mampu bermain dengan menanggung kesakitan dan kepenatan untuk menjuarai kejuaraan utama kelima dan menafikan cubaan Phil Mickelson untuk kemenangan bersejarah.

Koepka, melakukan pukulan dua bawah par 70 untuk berada enam bawah 210 selepas pusingan ketiga kelmarin di Kiawah Island, tetapi pukulan penutup bogey menyebabkan dia berkongsi kedudukan mendahului bersama Mickelson, yang menjadi pemenang kejohanan utama tertua.

“Jika saya membuat pukulan sama seperti yang saya lakukan tiga hari kebelakangan, saya pasti mempunyai peluang,” kata Koepka.

Pemain tersebut gembira bahawa lututnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kelemahan sebelum dia tiba di Ocean Course.

“Saya tidak mengalami sebarang kesakitan walaupun sekali dalam minggu ini, saya sangat gembira,” kata Koepka kelmarin. “Saya rasakan kekuatan telah bertambah.

“Saya tidak tahu jika saya hanya merasakan penat, tetapi saya mengurangkan latihan, terutama minggu ini, disebabkan apa yang saya mampu lakukan.”

Pemain ranking ke-13 dari Amerika Syarikat itu mengetahui bahawa dia akan melakukan latihan di atas pasir dan kawasan tidak rata, padang terpanjang dalam sejarah dengan 7,576 ela.

“Anda berjalan di atas pasir dan bermain golf dengan kerap,” katanya. “Hanya mengurangkan sedikit latihan tetapi memastikan saya melakukan perkara penting dalam pemulihan saya.” – AFP

Aksi Brooks Koepka melakukan pukulan semasa di Ocean Course, kelmarin. – AP