Koepka rasa pelik tiada peminat

LOS ANGELES, 20 APRIL – Pemain nombor tiga dunia, Brooks Koepka bersiap sedia untuk pengalaman ‘pelik’ bermain kejohanan golf tanpa kehadiran peminat ketika Jelajah PGA AS mengintai untuk kembali pada bulan Jun.

“Ia akan menjadi sangat pelik,” Koepka berkata dalam podcast sukan Pardon My Take mengenai prospek bermain tanpa peminat kerana krisis koronavirus yang berterusan.

“Tenaga yang diberikan oleh peminat, itu yang kami cari, yang kami mahukan,” katanya. “Saya mahu keluar bermain dan semua orang bersorak untuk saya. Cuba bayangkan: anda memasukan bola di lubang terakhir dan tiada orang bersorak. Anda bersendirian, dan anda akan seperti ‘Ya!’ hanya anda, kedi dan rasa sunyi’.

Kekurangan peminat boleh memberikan kesan tumpuan, katanya.

“Sekali skala, anda akan membuat pukulan teruk dan peminat akan membantu anda untuk mencari bola itu,” katanya. “Maksud saya, kita akan kehilangan bola kerana itu.”

Komen Koepka dibuat sebelum Jelajah PGA AS berkata ia menyasarkan 11 Jun untuk kembali ke padang golf Kolonial di Texas, yang pertama dari empat kejohanan yang akan diadakan tanpa kehadiran peminat.

Heritage RBC di Hilton Head, Carolina Selatan, Kejohanan Traverls di Cromwell, Connecticut dan Klasik Roket Martgage di Detroit dijadualkan akan menyusul.

Dalam pengumuman yang telah dikaji semula untuk musim dihentikan selepas pusingan pertama Kejohanan Pemain pada 12 Mac, pesuruhjaya jelajah, Jay Monahan berkata pegawai akan mengikut garis panduan pihak berkuasa setempat dan kesihatan kebangsaan.

“Kesihatan dan keselamatan semua yang berkaitan dengan Jelajah PGA dan komuniti global akan terus menjadi keutamaan kami, dan harapan untuk memainkan peranan – secara bertanggungjawab – di dunia dan mengembalikan perasan gembira dengan perkara yang kita sukai,” katanya. – AFP

Brooks Koepka akan merasa ‘pelik’ jika bermain kejohanan golf tanpa kehadiran peminat ketika Jelajah PGA AS mengintai untuk kembali pada bulan Jun. – AFP