Koepka, Woods kejar gelaran

PEBBLE BEACH, AMERIKA SYARIKAT (AS), 13 JUN – Brooks Koepka kini sedang berjuang untuk mencipta sejarah pada perlawanan Terbuka AS di Pebble Beach, di mana Tiger Woods sedang berusaha untuk mengejar gelaran utama kali ke-16.

Pebble Beach, di mana Woods memenangi perlawanan kali pertama dari tiga perlawanan dalam Terbuka AS pada tahun 2000 dengan rekod 12-bawah par dan 15-stroke margin, tetapi kini beliau terpaksa melaluinya dengan kecederaan yang dialaminya selepas melakukan pembedahan.

Tetapi beliau tetap optimis untuk terus meraih gelaran kejuaraan pada perlawanan elit itu dengan kemenangan ke-15 yang diraihnya dahulu pada Masters AS April lalu.

Dia kini telah mendaki ke kedudukan ke-5 dalam rangking dunia yang diterajui oleh Koepka, yang telah memenangi empat kejuaraan dalam tempoh kurang dari dua tahun, memenangi perlawanan berturut-turut pada 2017 dan 2018 dan pada Kejohanan PGA 2018 dan bulan lepas di Bethpage Black.

Dengan kemenangannya di Shinnecock Hills tahun lalu, Koepka menjadi pemain pertama sejak Curtis Strange pada 1988-89 untuk memenangi Terbuka AS berturut-turut.

Willie Anderson, dari 1903-05, adalah satu-satunya pemain yang telah meraih kemenangan sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Saya tidak memikirkannya,” kata Koepka mengenai peluang ketiga. – AFP

Koepka (kiri) berjabat tangan dengan Tiger Woods semasa perlawanan mereka di Bethpage Black. – AFP