Koir Syria hibur pasukan perubatan

DAMSYIK – Ketika krisis COVID-19 menimbulkan bencana psikologi yang luar biasa di seluruh dunia, seorang penyanyi koir Syria memutuskan untuk menyanyikan irama gembira bagi para doktor di negara itu yang melakukan apa yang mereka dapat agar semua orang selamat daripada virus mematikan itu.

Di pintu masuk Hospital Universiti Kanak-kanak di ibu kota Damsyik, Gardenia Choir menyanyikan irama tradisional Syria selama satu jam, menarik para doktor ke sana, pada mulanya, ke tingkap dan kemudian pintu masuk untuk berehat seketika daripada tekanan harian mereka di tengah-tengah wabak koronavirus.

Rami Abdul-Rahman, seorang doktor di hospital itu, memyifatkan tindakan amal yang disokong oleh Kementerian Kebudayaan Syria itu sebagai isyarat indah yang tidak dijangka.

“Inisiatif itu luar biasa, terutama semasa krisis koronavirus ketika doktor be-kerja dengan senyap tanpa menunggu kata-kata ucapan terima kasih,” katanya kepada media.

Samir Mustafa, seorang penganjur di Kementerian Kebudayaan, mengatakan para doktor telah bekerja di bawah tekanan selama sembilan tahun perang Syria pada umumnya dan wabak koronavirus khususnya.

Pasukan perubatan berswafoto ketika Gardenia Choir membuat persembahan nyanyian di hospital di Damsyik, Syria. – Xinhua
Gardenia Choir menyanyikan lagu untuk pasukan perubatan di hospital di Damsyik, Syria. – Xinhua

Menyanyikan lagu untuk pasukan perubatan menghantar ‘mesej kemanusiaan yang sangat penting’ tentang penghargaan orang terhadap apa yang telah mereka lakukan, katanya kepada media.

Selepas lagu-lagu rakyat, Gardenia Choir mula mempersembahkan lagu-lagu kartun untuk kanak-kanak di hospital yang memberi paduan suara tepukan dan juga menyertainya.

Ghada Harb, pemimpin Gardenia Choir, mengatakan kepada media bahawa nya-nyian pasukannya untuk pasukan perubatan bertujuan untuk menghantar mesej penghargaan atas usaha yang mereka lakukan.

Syria setakat ini mencatatkan 164 kes COVID-19, termasuk 68 pemulihan dan enam kematian.

Kerajaan Syria baru-baru ini telah mengeluarkan sebahagian besar langkah berjaga-jaga wabak COVID-19, termasuk membatalkan perintah berkurung dan membuka kembali perniagaan. – Xinhua