Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kok Leong gagal raih emas

    HANOI, 22 MEI – Harapan Lim Kok Leong melakar sejarah tersendiri merangkul emas kedua peribadinya di Sukan SEA ke-31 tidak kesampaian selepas tewas di final acara snuker perseorangan lelaki yang berlangsung di Gimnasium Ha Dong di sini kelmarin.

    Atlet Malaysia berusia 27 tahun itu terpaksa akur dengan pingat perak selepas tewas 2-4 kepada legenda Thailand, James Wattana. 

    Pada saingan final berkenaan, Kok Leong yang memenangi acara perseorangan snuker 6-Red Selasa lepas (17 Mei), memulakan aksi dengan baik memenangi frame pertama 75-25 namun tunduk 34-88 di frame kedua.

    Beliau kemudian bangkit meraih kemenangan 70-25 di frame ketiga sebelum pengalaman dimiliki Wattana menjadi pemisah apabila atlet profesional berusia 52 tahun itu konsisten mencatat tiga kemenangan berturut-turut 65-48, 83-33, 67-42 untuk mengesahkan kejayaan.

    Pingat gangsa acara itu jatuh kepada Aung Phyo dari Myanmar dan seorang lagi wakil Thailand, Passakorn Suwannawat. 

    Bercakap kepada pemberita selepas final itu, selain perasaan gementar berdepan Wattana, Kok Leong berkata, aksi di sebelah pagi sedikit merencatkan rentak permainannya sehingga banyak melakukan kesilapan mudah.

    Bagaimanapun, beliau tetap gembira dengan pencapaian membawa pulang satu emas dan perak sekaligus berharap mampu mengekalkan kecemerlangan tersebut pada edisi seterusnya. – Bernama

    Reaksi atlet snuker Malaysia, Lim Kok Leong meraih pingat perak dalam acara snuker perseorangan lelaki peringkat akhir pada Sukan SEA ke-31 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...