Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kokain bercampur carfentanil punca kematian 24 orang

    BUENOS AIRES, 11 FEB – Pihak berkuasa Argentina menemui campuran carfentanil dan kokain yang mengakibatkan kematian 24 orang, menurut pejabat pendakwa wilayah Buenos Aires.

    Seramai 24 orang maut dan lebih 80 lagi dimasukkan ke hospital di wilayah Buenos Aires pada minggu lepas selepas mengambil campuran kokain berkenaan.

    “Campuran itu mengandungi kokain dan carfentanil, ditemui dalam pelbagai sampel yang diambil untuk siasatan,” kata pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan lewat Khamis.

    Carfentanil merupakan antara opioid paling kuat digunakan dalam perubatan veterinar termasuk sebagai bius haiwan besar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...