Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koko bantu bangkitkan mood

    KOKO atau nama saintifiknya Theobroma Cocoa merupakan salah satu penemuan terhebat di dunia.

    Apabila diproses, koko akan berubah menjadi coklat, sumber makanan yang penuh dengan rasa dan kemewahan serta digemari ramai.

    Nama genus Theobrama bermakna makanan para dewa. Pokok koko berasal dari kawasan tropika Amerika iaitu Mexico yang didiami oleh kaum Indian Maya Aztec.

    Kaum Indian Maya Aztec amat menghargai biji koko dan menganggap biji koko amat bernilai daripada emas dan telah digunakan sebagai mata wang di kawasan jajahan mereka.

    Apabila penjelajah Sepanyol mengetahui betapa berharga dan enaknya biji koko yang telah dijadikan minuman, mereka telah membawa keluar biji koko dari Mexico.

    Kandungan phenyletylamine yang terdapat di dalam koko dikatakan mampu menaikkan mood. – Agensi
    Pokok koko boleh mencapai sehingga 10 kaki tinggi dan buah koko tumbuh di dahan pokok. – Agensi

    Selama 100 tahun Sepanyol menguasai biji koko dan menyembunyikannya daripada negara luar.

    Hanya pada kurun ke-16 apabila Mexico mengeksport biji koko ke Sepanyol, ada beberapa kapal mereka yang telah ditawan.

    Bermula dari situ, biji koko mula tersebar ke barat Eropah dan pada kurun ke-17, penggunaan biji koko sebagai minuman juga telah menjadi popular di Switzerland, Eropah, Belgium dan Belanda.

    Hanya pada kurun ke-19, ia berubah kepada bentuk coklat yang dimakan pada masa kini.

    Pokok koko boleh mencapai sehingga 10 kaki tinggi dan buah koko tumbuh di dahan pokok.

    Anda boleh memakan buah yang manis namun biji koko tidak boleh dimakan mentah dan perlu dikeringkan serta diproses terlebih dahulu menjadi serbuk sebelum ia boleh dijadikan sebagai minuman coklat.

    Khasiat

    Banyak khasiat biji koko yang telah diproses menjadi coklat dan ia juga tidak menaikkan kolesterol dalam darah.

    Ia juga mengandungi sejumlah protein yang cukup serta tiga jenis tenaga iaitu lemak, karbohidrat dan gula serta boleh digunakan sebagai makanan yang bertenaga.

    Kandungan tahap tenaganya amat tinggi iaitu 2000 kcal. Koko juga turut mengandungi catechin, serat, karbohidrat, vitamin B dan sebatian antioksidan yang tinggi.

    Selain itu, koko juga turut mengandungi kalsium, fosfat, vitamin A, vitamin C dan vitamin D dalam jumlah yang kecil.

    Sementara antioksidan di dalam koko pula mampu untuk melindungi diri daripada penyakit jantung terutama kepingan coklat hitam.

    Merehatkan perut

    Dalam satu kajian terbaru yang dijalankan oleh penyelidik di Harvard mendapati koko mempunyai kebaikan signifikan dengan kesihatan.

    Sebanyak 21 kajian dengan penyertaan daripada 2,575 peserta itu mendapati bahawa pengambilan koko dalam bentuk minuman coklat dapat dikaitkan dengan pengurangan tekanan darah. Memperbaiki kesihatan pembuluh darah dan memperbaiki tahap kolesterol.

    Pengambilan koko dalam bentuk minuman coklat dapat dikaitkan dengan pengurangan tekanan darah. – Agensi
    Theobromine dalam koko dikatakan mampu untuk merehatkan otot yang melapisi saluran pencernaan malah meminum coklat selepas makan mampu melegakan sakit perut. – Agensi

    Menurut Eric L.Ding dari Harvard Medical School, kebaikan kesihatan itu hasil daripada flavonoid polyphenolic dalam koko yang mempunyai potensi bagi mencegah penyakit jantung.

    Sementara, coklat sering dikaitkan dengan perubahan mood berikutan daripada kandungan phenylethylamine yang mempunyai kesan untuk menaikkan mood yang terdapat dalam koko.

    Walaupun kesan ini amat positif kepada mereka yang berada dalam keadaan murung atau tertekan tetapi ia dikatakan boleh menjadi negatif kepada mereka yang mengalami kegelisahan atau serangan panik.

    Walaupun coklat dan serbuk koko tidak mempunyai tahap kafein yang tinggi namun keduanya memiliki kuantiti xanthines yang signifikan dan amat beracun kepada kucing dan anjing.

    Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk memberi haiwan peliharaan anda memakan coklat.

    Theobromine dalam koko pula dikatakan mampu untuk merehatkan otot yang melapisi saluran pencernaan malah meminum coklat selepas makan juga mampu untuk merehatkan perut.

    Apabila anda memakan coklat dan bukannya meminum serbuk koko asli tanpa pengawet, pastikan anda mempertimbangkan bahan-bahan yang perlu ditambah ke dalamnya.

    Kebanyakan kepingan coklat mengandungi gula yang mampu untuk memberi kesan buruk kepada tahap insulin.

    Melainkan anda mengambil kepingan coklat yang bebas gula dan tanpa ditambah dengan bahan-bahan lain seperti gula atau susu, anda boleh mendapat kebaikan khasiat koko.

    Jika anda mahukan kebaikan koko sebaik anda mengambil koko yang telah diproses dengan kandungan kalori serendah mungkin.

    Kesimpulannya, serbuk koko yang tidak diproses dan coklat hitam mampu menjadi tambahan kepada pemakanan sihat jika dipilih dan diguna dengan sebaik mungkin. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda