Kolaborasi bintang dunia hibur peminat dari rumah

Pada Ahad lalu, seramai 100 bintang dunia menghiburkan peminat dari rumah menerusi Konsert The One World: Together At Home.

Acara global selama lapan jam itu dibawakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Global Citizen sebagai tanda sokongan kepada pejuang barisan hadapan yang bekerja keras membanteras wabak COVID-19.

Konsert The One World: Together At Home dikendalikan oleh penyanyi terkenal Lady Gaga (gambar bawah) yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu menerusi penstriman dan saluran televisyen. Naib Presiden Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Tencent, Poshu Yeung berkata pihaknya berbangga dapat menjadi sebahagian inisiatif global yang menyaksikan kolaborasi penyanyi, selebriti dan pencinta muzik seluruh dunia.

“Ini adalah usaha bersama memerangi pandemik COVID-19. Dalam masa yang sama, kami menyokong pejuang barisan hadapan dan WHO.

“Kami bersatu hati dengan bintang dunia menggunakan muzik sebagai alat universal bagi memerangi penularan COVID-19,” katanya. – Agensi