Kolaborasi dalam menerbitkan karya terbaik

KARYA yang baik akan sentiasa mendapat tempat di hati pendengar dan kini giliran lagu The Middle hasil kolaborasi penerbit Rusia-Jerman, Zedd; penyanyi Amerika, Maren Morris dan pemuzik duo Amerika, Grey.

Di luar negara, The Middle mengungguli beberapa carta muzik antaranya carta Radio Song Billboard.

Selepas 19 minggu berada dalam carta muzik dunia itu, The Middle berada di kedudukan teratas sejak minggu lalu.

Dari segi susunan muzik, The Middle yang bergenre pop berjaya mencuri perhatian terutama golongan muda.

Kolaborasi penerbit Rusia-Jerman, Zedd; penyanyi Amerika, Maren Morris dan pemuzik duo Amerika, Grey dalam menghasilkan lagu The Middle berjaya mendapat pujian.

Menariknya, bahagian nyanyian Maren Morris pernah dirakamkan beberapa penyanyi wanita lain sebelum namanya dipilih.

Mereka ialah Demi Lovato, Camila Cabello, Anne-Marie, Carly Ray Jepsen, Tove Lo, Bishop Briggs, Bebe Rexha, Lauren Jauregui, Daya, Charli XCX dan Elle King. Bagi Zedd, dia sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk setiap karyanya.

“Kami sentiasa berharap ia jadi karya yang bagus dan istimewa.

“Namun kita tidak akan tahu kerana ada kalanya karya yang bagus gagal memancing perhatian orang ramai,” katanya.