Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kolaborasi majukan pertolongan cemas

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perkongsian Pintar antara Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) merupakan inisiatif bermakna dalam kolaborasi memajukan latihan pertolongan cemas di samping latihan lain yang ada dalam Akademi Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam.

    “Antara keutamaan yang diberikan dalam MoU itu termasuk perkongsian latihan dan pensijilan pertolongan cemas dan asas menyelamat nyawa menggunakan kaedah CPR dan juga alat bantuan AED,” ujar Presiden PBSM, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yusoff bin Pengiran Haji Bahar pada Majlis MoU antara PBSM dan RB yang berlangsung di Kampus RB, hari ini.

    Presiden PBSM seterusnya menjelaskan, Akademi Bulan Sabit Merah itu juga akan memperkenalkan perkhidmatan bantuan awal kesihatan mental menerusi Program Bantuan Kecemasan Psikologi dan Sokongan Psikososial.

    Selain itu, akademi itu juga berperanan dan komited membantu Kementerian Kesihatan untuk memberigakan kesedaran dan maklumat mengenai dengan pengawalan isu penyakit tidak berjangkit secara holistik terhadap penyakit kronik yang menjadi pembunuh utama di negara ini.

    Beliau seterusnya menambah, dengan perjanjian itu ia akan membolehkan RB melalui Kampus RB untuk memudah cara dan mengendalikan sepenuhnya modul latihan dan silibus pembelajaran.

    “Ini bukan saja terhad kepada pensijilan pertolongan cemas, kesihatan mental dan program kesejahteraan tapi juga melibatkan kerjasama sepadu dalam perkhidmatan respons kecemasan dan menangani krisis yang berlaku dari semasa ke semasa,” jelasnya.

    Perjanjian ini, tambahnya, juga akan melibatkan kerjasama dalam bidang pengurusan dan penggunaan logistik dua hala yang dimiliki bersama antara RB dan PBSM seperti dalam perjanjian guna sama Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan yang dimiliki oleh PBSM.

    Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yusoff dan Kapten Sabirin bergambar ramai bersama penyampai latihan PBSM.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...