Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kolagen banyak manfaat

    KOLAGEN adalah sejenis protein yang banyak terdapat pada haiwan vertebrata atau haiwan bertulang belakang seperti ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia termasuk manusia.

    Jaringan kolagen adalah struktur asas dalam kulit, tendon, tulang, membran dan tisu penghubung haiwan berkenaan.

    Satu pertiga daripada tubuh badan manusia sendiri adalah kolagen.

    Kepentingan kolagen

    Kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang serta kembali kepada kedudukan asal.

    Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut. Selain itu, kolagen turut memainkan peranan penting terhadap tulang. Komponen tulang sendiri terdiri daripada gabungan kolagen dan satu bahan mineral yang dipanggil hidroksiapatit. Gabungan kedua-duanya memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang.

    Menjadi tanggungjawab pengguna untuk mengetahui sumber kolagen yang terkandung di dalam produk yang diambil. Bagi pengguna beragama Islam, perkara ini sangat penting kerana sumber babi sama sekali dilarang penggunaannya.

    Kolagen ikan atau dikenali juga sebagai kolagen marin diekstrak daripada ikan laut sejuk dan kebiasaannya salmon atau ikan merah. Ia adalah 1.5 kali lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding kolagen bersumberkan lembu atau haiwan lainnya.

    Fiber kolagen yang juga terdapat pada otot kita menyumbang kepada struktur dan kekuatan otot untuk bergerak di samping menjalankan fungsinya sepanjang hari.

    Dinding salur darah tubuh kita juga terbina daripada kolagen yang membantu memberikan struktur, kekuatan dan fleksibiliti dalam menjalankan tugas menyalurkan darah ke seluruh tubuh.

    Sumber kolagen komersial

    Kebiasaannya kolagen komersial ini diproses daripada beberapa sumber utama iaitu:

    1. Ikan

    Kolagen ikan atau dikenali juga sebagai kolagen marin diekstrak daripada ikan laut sejuk dan kebiasaannya salmon atau ikan merah.

    Pada 2011, kolagen daripada ikan tilapia ditemui oleh seorang penyelidik dari Universiti Putra Malaysia. Kolagen marin adalah 1.5 kali lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding kolagen bersumberkan lembu atau haiwan lainnya.

    2. Lembu

    Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot haiwan ini.

    Produk kolagen di pasaran

    Pada asasnya, khasiat kolagen diaplikasikan dalam industri makanan, perubatan, kesihatan dan kosmetik. Pengambilan kolagen oleh rakyat negara ini kini semakin meningkat dengan kesedaran mengenai kebaikan khasiat kolagen terutamanya dari sudut kecantikan kulit.

    Produk mengandungi kolagen juga dikenali sebagai produk antipenuaan kerana fungsi kolagen diaplikasikan untuk menggantikan kolagen yang hilang pada tubuh.

    Lambakan produk makanan tambahan yang mengandungi kolagen perlu diberi perhatian oleh pengguna. Kesan penggunaan kolagen berbeza bergantung kepada kandungan jumlah molekul kolagen, jenis dan kadar penyerapan oleh sistem tubuh.

    ‘Plant collagen’ digunakan kerana ekstrak daripada sesetengah rumpai laut mempunyai ciri yang menyerupai kolagen.
    ‘Plant collagen’ digunakan kerana ekstrak daripada sesetengah rumpai laut mempunyai ciri yang menyerupai kolagen.
    Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.
    Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.

    Menjadi tanggungjawab pengguna untuk mengetahui sumber kolagen yang terkandung di dalam produk yang diambil. Bagi pengguna beragama Islam, perkara ini sangat penting kerana sumber babi sama sekali dilarang penggunaannya.

    Bagi kolagen bersumberkan lembu, ia perlulah diperoleh daripada lembu yang disembelih mengikut hukum syarak. Selain itu, kolagen yang diekstrak daripada lembu dan ikan juga perlu dipastikan tiada campuran bahan yang meragukan status halalnya semasa pemprosesan.

    Lebih mudah bagi pengguna beragama Islam untuk mendapatkan kolagen halal dengan memilih produk yang mempunyai sijil pengesahan halal dan logo halal Malaysia.

    Produk yang dipersijilkan halal sudah disemak kandungan bahan ramuannya termasuklah kolagen dan sumbernya. Malah, pemeriksaan di premis pengilang turut dijalankan bagi meneliti aspek berkaitan kebersihan dan amalan pengilangan yang baik.

    Istilah berkaitan kolagen

    1. Kolagen tumbuhan (plant collagen) atau kolagen rumpai laut (seaweed collagen)

    – Tiada kolagen yang terhasil daripada tumbuhan.

    – Istilah ‘plant collagen’ digunakan kerana ekstrak daripada sesetengah rumpai laut mempunyai ciri yang menyerupai kolagen.

    2. Kolagen terhidrolisis (hydrolyzed collagen)

    Kolagen terhidrolisis adalah bahan yang terhasil daripada pemecahan kolagen. Ia melalui proses hidrolisis yang membabitkan penguraian sebatian oleh tindak balas dengan molekul air.

    Banyak produk yang dipasarkan sebagai makanan tambahan kolagen atau produk kecantikan berasaskan kolagen mengandungi kolagen terhidrolisis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda