Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Kolarov pula tinggalkan Man City

    LONDON, 23 Julai – Pemain antarabangsa Serbia, Aleksandar Kolarov menjadi pemain pertahanan keempat yang meninggalkan Manchester City pada musim panas ini, selepas melengkapkan perpindahan ke AS Roma.

    Kolarov, 35, menyertai rakan pertahanan lain seperti Gael Clichy, Bacary Sagna dan Pablo Zabaleta yang meninggalkan City sejak hujung musim lalu.

    Perpindahan itu dilihat untuk memberi ruang kepada kemasukan pertahanan Monaco, Benjamin Mendy dan Danilo yang dijangka menyertai skuad The Citizens itu.

    Kolarov beraksi selama tujuh tahun di Etihad dan membantu pasukan itu merangkul dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan dua Piala Liga.

    “Ketika saya tiba di sini pada 2010, secara jujurnya saya tidak menyangka akan beraksi selama tujuh tahun. “Saya perlu mengucapkan selamat tinggal hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...