Tuesday, December 10, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kolej IGS bakal miliki persatuan alumni

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS) tidak lama lagi akan mempunyai persatuan alumni mereka sendiri berikutan pemilihan pegawai jawatankuasa eksekutif sementara yang diadakan di Pusat Komunikasi Pemasaran Perniagaan (BMCC) kolej tersebut, baru-baru ini.

    Antara yang hadir pada acara itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kolej IGS, Dr Haji Azaharaini bin Haji Mohd Jamil serta pihak pengurusan kanan dan ketua fakulti di kolej tersebut.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kolej IGS dalam ucapannya mengongsikan bahawa penubuhan persatuan alumni itu bermula apabila pengurusan kolej menyedari bahawa alumninya tidak dapat diuruskan dengan berkesan dan salah satu cara untuk memastikan bahawa mereka diuruskan dengan berkesan adalah dengan membentuk persatuan alumni yang rasmi.

    Ia dibentuk dengan tujuan untuk mempromosikan kepentingan, kebajikan dan tujuan pendidikan Kolej IGS dan alumninya menjalin dan mengekalkan hubungan yang saling menguntungkan antara Kolej IGS dan alumninya, dan mendorong penglibatan alumni sepanjang hayat dengan rakan alumni mereka dan komuniti kolej.

    Sehubungan itu, Dr Haji Azaharaini menekankan bahawa jawatankuasa sementara kemudiannya harus memikirkan tujuan umum tersebut dan adalah penting bahawa mereka dengan tepat memetakan skop aktiviti yang perlu dijelaskan dalam perlembagaan mereka kerana persatuan hanya akan dibenarkan menjalankan aktiviti seperti yang disenaraikan dalam perlembagaan.

    Semakin komprehensif senarai aktiviti mereka, semakin berguna persatuan untuk ahli-ahlinya, tambah beliau.

    Seramai 25 orang alumni kolej berkenaan telah dipilih untuk menjadi ahli sementara persatuan alumni dengan pemilihan terdiri daripada pelajar yang lulus dari tahun 2014 hingga 2020 daripada kursus dan status yang berbeza.

    Selepas undian, Awangku Mohammad Marzuki Iskandar bin Pengiran Haji Matusin dilantik sebagai presiden dan Dayang Nur Inara Mikayla @ Michelle sebagai naib presiden.

    Jawatankuasa sementara itu diharapkan dapat mengadakan seminar, bengkel, lawatan dan acara sosial seperti aktiviti sukan untuk ahli-ahlinya dan dapat mewujudkan rangkaian dan perkongsian dengan agensi yang berkenaan bagi mendapatkan nasihat dan
    antuan profesional mereka untuk pembangunan persatuan dan institusi.

    Antara ahli jawatankuasa eksekutif sementara yang dilantik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda