Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kolej MSU tingkat kesedaran lestarikan ekosistem

    MALAYSIA – Kolej Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) Seremban telah mengadakan program penanaman pokok di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

    Presiden MSU, Prof Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Abd Yajid merasmikan acara yang diadakan di hutan simpan Sungai Menyala sebagai sebahagian daripada program Kempen 100 Juta Penanaman Pokok 2021-2025 peringkat kebangsaan.

    Turut hadir Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaludin. Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Ia akan diadakan setiap tahun oleh Kolej MSU Seremban untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kelestarian dan menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara.

    Sebanyak 250 anak pokok merbau dan nadir ditanam di sekitar hutan simpan. Program itu juga termasuk mendaki dan meredah hutan, membolehkan para peserta merasai keindahan hutan simpan. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...