KENINGAU, 4 Jun – Kolej Vokasional Keningau (KVK) sekali lagi menjulang nama Malaysia sekali gus mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul empat emas dan empat anugerah khas pada pertandingan inovasi bertaraf dunia ‘World Invention Innovation Contest (WIC)’ di Korea Selatan lewat pada Ahad.
Kolej itu memenangi emas dan anugerah khas bagi penyertaan individu dan berkumpulan, sekali gus mengenepikan sembilan negara lain iaitu Amerika Syarikat, Filipina, Mesir, Sri Lanka, Taiwan, India, Vietnam, Thailand dan Indonesia.
Peserta Malaysia dari KVK diwakili oleh Mohd Sirhajwan Idek memenangi emas bagi inovasi ‘Think Tales’, Sauman Maliki (inovasi ‘Pastry Dough’), Terrence Fong dan Micheal Dungki (inovasi ‘Mini Fogging’) dan Sadzul Hamzasin dan Mohd Azley Jaldy (inovasi ‘Easy Tiles Installer’).
Ketua delegasi Malaysia, Mohd Sirhajwan, berkata kemenangan negara untuk merangkul anugerah bertaraf dunia itu sesuatu yang tinggi nilainya.
“Pertama kerana Malaysia mengenepikan negara-negara pesaing yang sudah jauh maju seperti Amerika Syarikat,” – Bernama