Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Koleksi lukisan emas bernilai AS$2 juta dipamerkan

    KUALA LUMPUR, 27 MEI – Aureo Gallery sedang menganjurkan pameran ‘50 Golden Finites’ yang menampilkan karya satu-satunya artis pencipta lukisan daripada emas 24 karat, Kim Il Tae, bermula hari ini hingga Ahad ini.

    Pameran tersebut, yang berlangsung di Boathouse, Tasik Ampang itu mengetengahkan koleksi eksklusif lukisan emas yang bernilai sehingga AS$2 juta (RM8.758 juta).

    Pengasas galeri itu Serena Chiam berkata hasil seni Kim itu dijangka menarik perhatian pengumpul dan bakal pembeli.

    “Enam karya emas Kim sedang dipamerkan di kawasan Dome yang diserikan dengan suluhan dan persembahan cahaya.

    “Lukisan-lukisan lebih kecil seperti Golden Horse dan Tree of Abundance pula dipamerkan di Glasshouse,” kata Serena selepas upacara pembuka tirai, di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...