Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Koleksi mainan vintaj jana pendapatan memuaskan

    Gambar ANN/The Star

    MALAYSIA – Terdapat pasaran yang semakin berkembang di Ipoh untuk koleksi yang berkaitan dengan filem popular dan siri tv animasi pada masa lalu.

    Walaupun mengumpul mainan biasanya dikaitkan dengan kanak-kanak, namun, kini tidak hairan jika kita melihat orang dewasa turut mempunyai koleksi tersendiri, bahkan menjadikannya sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan mereka.

    Malah, beberapa orang pengumpul mainan dari Ipoh, Perak, memberitahu StarMetro bahawa usaha gigih mereka mencari mainan tertentu dan menjualnya dengan untunglah yang membantu mereka menyara hidup keluarga.

    Antaranya adalah Dzul Dzeckery Jamshid, 39 tahun, yang telah menjual mainan selama tujuh tahun.

    “Saya menjual melalui platform dalam talian dan di festival mainan atau anime di Perak.
    “Jauh yang pernah saya pergi ialah Kedah, tetapi saya mempunyai pelanggan dari Brunei dan Singapura.

    Dzul di petak jualannya dengan mainan daripada filem popular.
    Pelaburan yang mengguntungkan: Zulfadli berkata dia membeli mainan aksi Transformers asal itu pada harga RM18. Kini ia bernilai RM500.
    Saravanan dan isterinya Nurazira Noormizi menjual mainan di Ipoh.
    Beberapa mainan yang jarang ditemukan boleh didapati di petak pop-up seperti ini di Ipoh.
    Ramai pengumpul mencari mainan daripada kartun tahun 1990an.

    “Setiap pengumpul atau penjual mempunyai genre mainan sendiri dan yang saya jual adalah daripada filem dan mainan vintage, terutamanya kartun pada tahun 1990an,” katanya.

    Bersama isterinya dari Singapura, Siti Maisarah Dzulkifli, 33 tahun, pasangan itu menjual mainan vintaj bernilai lebih daripada RM1,000 beberapa bulan yang lalu.

    “Pelanggan kami merangkumi mereka yang mencari mainan vintaj seperti Teenage Mutant Ninja Turtles dan figura aksi Star Wars hingga barang mainan daripada filem Marvel.

    “Di Perak, kebanyakan pelanggan kami berminat dengan item daripada kartun atau anime baharu, manakala di Kuala Lumpur, pembeli kami meminta mainan vintaj,” katanya, sambil menambah bahawa dia menjana antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan dengan menjual mainan tersebut.

    “Setiap Ahad, jika kami tidak ada acara, kami akan membuka gerai di Pasar Karat dan dalam beberapa jam, saya boleh mendapat lebih daripada RM500,” kata Dzul.

    Dia berkata, sebagai graduan pengurusan perniagaan, dia mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan meluaskan pangkalan pelanggan dalam talian.

    “Setakat ini, responsnya sangat menggalakkan,” tambahnya.

    Walau bagaimanapun, membeli dan menjual barang kumpulan mainan turut menghadapi cabaran tersendiri.

    “Saya ingat pernah berada di festival di Movie Animation Park Studio (MAPS) ketika hujan lebat dan hampir merosakkan mainan yang dalam keadaan baik,” kenang Dzul.

    “Ada juga waktu kami menyertai festival tetapi tidak dapat menjual banyak kerana pemilihan tarikh yang kurang baik, contohnya festival diadakan di pertengahan bulan bukannya pada akhir atau awal bulan ketika orang menerima gaji,” katanya.

    Bagi Dzul, ia lebih daripada sekadar sumber pendapatan. Mengumpul mainan telah menjadi minatnya sejak kecil.

    “Ibu saya pernah membeli almari untuk saya mempamerkan mainan saya dan kini, saya lakukan perkara yang sama untuk anak-anak saya.

    “Anak-anak saya juga berminat mengumpul mainan seperti saya.

    “Dan mereka tidak meletakkan mainan di dalam bakul kerana takut akan merosakkan mainan yang lain.

    “Oleh itu, kami mempunyai almari untuk mempamerkan koleksi kami,” tambahnya.

    Dzul berkata bahawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID, dia bergantung kepada perniagaan dalam talian untuk mencari nafkah.

    “Memang sukar kerana kami tidak dapat pergi ke mana-mana acara, jadi saya dan isteri saya terpaksa bekerja lebih keras untuk menjual lebih banyak dalam talian.

    “Untungnya, kami masih boleh mendapatkan beberapa pendapatan kerana kami menjual barang kumpulan kolektor dan mainan edisi terhad,” katanya.

    Rentetan itu, penjual mainan sepenuh masa, N. Saravanan, 37 tahun, menghabiskan hari-harinya mencari mainan di tempat kitar semula di Menglembu.

    “Tidak ramai yang memahami nilai mainan, terutamanya yang dikeluarkan pada tahun 1990an, jadi saya sering dapat membelinya dengan harga yang sangat rendah,” katanya, sambil menambah bahawa dia pernah membeli mainan Small Soldiers Archer dengan harga RM5 dan sekarang, barang itu bernilai RM300.

    “Saya gembira bahawa isteri dan anak-anak saya berkongsi minat yang sama.

    “Walaupun saya suka action figure dari tahun 1990an, anak sulung saya suka model kereta lumba. Dia juga mengubahsuai kereta sebelum menjualnya.

    “Semasa PKP, kami menjual mainan secara dalam talian untuk mencari pendapatan.

    “Kami tidak mempunyai sumber pendapatan lain, jadi isteri saya terus mempromosikan perniagaan kami dalam talian sementara saya mengemas mainan untuk menghantarnya kepada pembeli,” katanya.

    Saravanan memberitahu bahawa pasaran mainan lebih besar di Kuala Lumpur berbanding Ipoh.

    “Orang Ipoh sering berunding untuk mendapatkan harga yang lebih rendah, manakala di Kuala Lumpur, mereka membeli mainan tanpa tawar-menawar.

    “Menurut beberapa pelanggan saya di Kuala Lumpur, barang yang saya jual adalah sangat jarang ditemukan dan mereka tahu betapa sukar untuk mendapatkannya.

    “Walau bagaimanapun, saya gembira bahawa kami masih mempunyai pelanggan dan kini kami mempunyai kedai sendiri di Buntong,” kata lelaki yang mesra dengan panggilan Gunny Bob dalam kalangan pengumpul mainan.

    Saravanan berkata, Ipoh sepatutnya mengadakan lebih banyak festival mainan.

    “Lebih elok jika Perak (kerajaan negeri atau syarikat swasta) mempertimbangkan untuk menganjurkan festival mainan, bukan hanya untuk penjual tetapi juga pengumpul vintaj kerana terdapat beberapa pengumpul yang berminat termasuklah kami di sini.

    “Walaupun daya beli lebih tinggi di Kuala Lumpur, mungkin dengan mengadakan festival di Ipoh akan menarik ramai pengunjung dari negeri-negeri lain dan juga dari negara lain,” katanya.

    Demikian juga, Zulfadhli Lod, 42 tahun, percaya bahawa festival mainan dapat diadakan di Ipoh.”Selain mainan, saya menjual barang vintaj seperti pemain piring hitam, papan luncur dan jam.”Saya juga mempunyai beberapa barang koleksi yang dijual pada harga lebih dari RM2,000.

    “Dalam kalangan remaja, saya melihat kebanyakkan mereka mencari figura aksi anime dan manga seperti Naruto, One Piece, dan Family Spy sementara pelanggan saya yang lebih berusia mencari watak Teenage Mutant Ninja Turtles, Power Rangers, dan Voltron. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...