Kolera ragut 7 jiwa, puluhan dijangkiti

KAHERAH, 16 SEPT – Kementerian Kesihatan Sudan berkata kira-kira tujuh orang maut akibat wabak kolera sejak tiga minggu lalu di wilayah tenggara.

Ia berkata puluhan orang lagi telah dijangkiti di wilayah Blu Nile namun tiada kes dilaporkan di wilayah lain.

Pihak berkuasa berkata 16 daripada 18 wilayah Sudan telah terjejas akibat hujan lebat dan banjir kilat lewat Ogos lalu, bencana terburuk sejak tahun 2013.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kes malaria baharu juga dilaporkan di beberapa wilayah Sudan.

Naeema Al Gasseer, perwakilan WHO di Sudan, memberi amaran awal minggu ini mengenai wabak risiko kolera dan penyakit usus lain jika tiada ‘respons pencegahan segera’ diambil. – AP