Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kolonel Iran maut di Syria

    TEHRAN, 23 NOV – Sebuah bom buatan telah membunuh seorang kolonel Iran dari bahagian aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam dekat ibu negara Syria, Damsyik, lapor media Iran hari ini, menyalahkan musuh ketat Israel.

    “Kolonel Davoud Jafari, salah seorang penasihat tentera Iran di Syria dan anggota pasukan aeroangkasa Pengawal, terbunuh dengan bom buatan yang dipasang di tepi jalan,” lapor agensi berita Tasnim memetik kenyataan Pengawal.

    Tasnim berkata Jafari terbunuh pada Isnin ‘oleh sekutu rejim Zionis’ – istilah merujuk kepada Israel, sebuah negara yang Iran telah lancarkan perang bayangan serangan, pembunuhan dan tindakan sabotaj selama bertahun-tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...