Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    KOM jangka putuskan senarai atlet Sukan SEA

    KUALA LUMPUR, 21 DIS – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dijangka memuktamadkan senarai akhir barisan atlet ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, pada awal Mac depan.

    Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata mereka akan menghantar senarai nama berkenaan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada tempoh tersebut, dan badan induk sukan tanah air itu akan menyerahkannya kepada penganjur Sukan SEA sebelum tarikh tutup 12 Mac depan. Setakat ini, beliau berkata pihaknya masih belum boleh mengesahkan slot secara rasmi buat mana-mana atlet yang akan menggalas cabaran negara di Vietnam, selepas berakhir Kejohanan Olahraga Kebangsaan pada 18 dan 19 Dis lepas, yang merupakan platform pemilihan atlet ke temasya dwitahunan itu.

    Namun, beliau berkata terdapat beberapa atlet yang memenangi acara masing-masing di kejohanan kebangsaan baru-baru ini, berpotensi layak susulan pencapaian dianggap sudah melepasi had kelayakan Sukan SEA.

    ā€œAtlet dimaksudkan adalah dua atlet wanita Queenie Ting Kung Ni (lempar cakera) dan Grace Wong (lontar tukul besi) serta dua atlet lelaki, Muhammad Zulfiqar Ismail (100 meter) dan Iskandar Alwi (lompat bergalah),ā€ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    ā€œBagaimanapun nama-nama disebutkan tadi belum layak secara rasmi, kerana barisan kejurulatihan masih mempunyai masa membuat penilaian terhadap prestasi atlet dalam beberapa kejohanan dianjurkan sebelum Sukan SEA tahun depan, yang pastinya membuka peluang kepada atlet lain untuk terpilih ke Hanoi,ā€ katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia

    CANBERRA, 9 JUNĀ - Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia. Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis Spesies...
    - Advertisment -