Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Komander kanan Taliban Pakistan terbunuh

    PESHAWAR, 9 OGOS – Seorang komander kanan Taliban di Pakistan terbunuh dalam satu letupan di timur Afghanistan, sumber militan memberitahu AFP.

    Tehreek-e-Taliban (TTP) berkata pengumuman akan dibuat mengenai ‘kematian pemimpin tengah’, tetapi sumber memberitahu AFP yang terkorban itu ialah Abdul Wali, seorang komander terkenal yang menggunakan nama samaran Omar Khalid Khorasani.

    Kematiannya mungkin menandakan berakhirnya gencatan senjata yang dicapai oleh TTP bersama kerajaan Pakistan pada Jun ketika rundingan damai masih berjalan di mana Taliban Afghanistan menjadi pengantara.

    Tentera Pakistan hari ini berkata empat orang tentera terbunuh dalam serangan nekad menyasarkan konvoi tentera di Utara Waziristan, kawasan yang dikuasai oleh TTP, bersempadan dengan Afghanistan.

    Taliban Pakistan dan Afghanistan merupakan kumpulan berpisah, namun mempunyai ideologi serupa.

    Sumber TTP yang meminta namanya dirahsiakan memberitahu AFP bahawa Wali dan dua lagi komander terbunuh apabila kereta mereka ‘disasarkan’ di wilayah timur Paktika, Afghanistan.

    “Ketika kami sampai di kenderaan mereka, ia sudah terbakar, tetapi sumber letupan masih belum jelas,” katanya, dan menambah bahawa Wali dalam perjalanan pulang dari satu perjumpaan bersama ketua TTP, Noor Wali Mehsud.

    Wali sering memberikan masalah kepada pihak berkuasa Pakistan selama lebih sedekad.
    Pada 2014, dia menubuhkan kumpulan militan dikenali sebagai Jamaat-ul-Ahrar yang mengaku bertanggungjawab atas beberapa serangan berdarah di negara itu – termasuk serangan nekad di Lahore pada Easter Sunday yang mengorbankan 75 orang pada 2016. – AP

    Pejuang Taliban berkawal di kawasan berhampiran letupan di Afghanistan. Seorang komander kanan Taliban Pakistan terbunuh dalam satu letupan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...