Komander Libya bertemu Macron

PARIS, 22 Mei – Komander Libya Khalifa Hifter berada di Paris untuk mesyuarat bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron di tengah kebimbangan antarabangsa yang meningkat mengenai serangannya selama sebulan untuk menawan ibu negara Libya, Tripoli.

Mesyuarat pintu tertutup hari ini diadakan dua minggu selepas Macron menghos perdana menteri Libya yang disokong PBB, yang mengecam serangan Hifter sebagai satu percubaan merampas kuasa.

Pejabat Macron telah menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Libya Fayez Sarraj tetapi tidak mendakwa secara terbuka bahawa Perancis secara rahsia menyokong Hifter.

Tentera Nasional Libya pimpinan Hifter, berpangkalan di kawasan timur negara, sedang bertempur dengan militia yang bersekutu dengan kerajaan Sarraj.

Duta PBB mengingatkan negara itu “hampir-hampir terjerumus dalam perang saudara” yang mungkin mengancam negara jirannya. Ghassan Salame berkata semalam pelampau daripada kumpulan Islamic State dan al-Qaeda telah pun mengeksploitasi kekosongan keselamatan yang timbul. – AP