Komander Taliban maut dalam serangan IS

KABUL, 3 NOV – Komander tentera Taliban terbunuh apabila anggotanya bertindak ke atas serangan senjata dan bom nekad Islamic State di sebuah hospital di bandar Afghanistan, kata pegawai hari ini.

Kira-kira 19 orang terbunuh dalam serangan kelmarin di hospital tentera, menurut pegawai kementerian kesihatan yang tidak dinamakan.

Hamdullah Mokhlis, anggota utama rangkaian Haqqani dan pegawai dalam pasukan khas Badri menjadi pemimpin paling kanan Taliban terbunuh secara kumpulan itu mengambil alih Kabul, September lalu.

“Apabila kami mendapat maklumat yang Hospital Sardar Daud Khan diserang, Maulvi Hamdullah (Mokhlis), komander angkatan Kabul, segera berkejar ke tempat kejadian, kata pegawai media Taliban.

“Kami cuba untuk menghentikannya namun dia ketawa. Kemudian kami mendapatinya dia terbunuh semasa pertempuran bersemuka di hospital,” tambahnya.

Serangan berlaku apabila penyerang nekad meletupkan bom dekat pintu masuk hospital manakala anggota bersenjata lain menyerbu masuk lalu melepaskan tembakan. – AFP

Pejuang Taliban mengawal pintu masuk ke hospital tentera Sardar Mohammad Dawood susulan serangan di Kabul pada 3 November. – AFP