BEIRUT, 13 Ogos – Satu operasi komando disokong oleh pesawat dan helikopter perang Rusia, membunuh 25 orang ahli IS di tengah Syria, sebuah kumpulan pemantau melaporkan hari ini.
Disokong oleh sekutu rapatnya Rusia, tentera Syria melancarkan serangan sebulan lamanya untuk merampas semual kawasan sahara luas yang terbentang dari tengah negara itu ke sempadan Iraq dan Jordan.
Pada Sabtu, ‘seramai 25 ahli IS dibunuh dan yang lainnya cedera dalam satu operasi komando oleh angkatan rejim Syria dengan sokongan udara dari pesawat dan helikopter perang Rusia di timur laut wilayah Homs,’ kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan.
Enam anggota pasukan rejim juga terbunuh, menurutnya. Satu sumber tentera mengatakan operasi berlaku di ‘20km di dalam sempadan Daesh.’
Serbuan itu membolehkan angkatan rejim merampas tiga buah kampung di kawasan itu, agensi berita rasmi SANA melaporkan sumber sebagai berkata. – AFP