Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Komited bantu tambah bekalan darah

-

Oleh Mu’min Karim

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Jabatan Perkhidmatan Makmal, Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah berjaya mengumpul sebanyak 39 pain darah dalam kempen derma darah yang berlangsung di Pusat Beli-belah
Mid Valley, Jalan Masjid Salambigar hari ini.

Salah seorang penderma darah yang ditemui menyatakan hasratnya dalam membantu usaha kerajaan yang kekurangan bekalan darah.

Awang Muhammad Syuib bin Haji Awang, 30, yang menderma darah sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun mengongsikan persediaannya sehari sebelum menderma darah iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum air yang banyak.

Beliau juga menyeru orang ramai, terutamanya golongan lelaki, untuk tampil bagi membantu usaha kerajaan dalam menambah bekalan darah.

Sementara itu, Wong Ngah Mun, 33, mengongsikan bahawa beliau berasa lebih sihat dari segi mental dan fizikal selepas setiap kali menderma darah.

Kempen derma darah anjuran Jabatan Perkhidmatan Makmal, Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS di Pusat Beli-belah Mid Valley.

Menurutnya, beliau telah menyertai kempen menderma darah sejak menuntut di tingkatan enam.

Bagi Awang Mohd Ikmal Waffie bin Nordani, 18, yang pertama kali menderma darah, pengalaman seumpamanya setentunya menjadi keterujaan dan mendorongnya untuk turut serta dalam kempen-kempen seterusnya.

Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS akan meneruskan kempen serupa esok di Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Salambigar dari pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang.

Manakala itu, kempen seumpamanya akan diadakan di Unicorp Sdn Bhd, Tapak Perindustrian Beribi II pada 24 September bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menyertai kempen tersebut digalakkan membuat tempahan slot melalui aplikasi Bloodkad.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -