Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Komited hidupkan semula tradisi pembuatan jam tembaga

    BEIJING – Jam tembaga ber- ukir buatan China telah menjadi popular di dalam dan luar negara dengan nilai yang tinggi dari segi penghargaan, penggunaan dan koleksi.

    Teknik tuangan dan ukiran tembaga Dongchang, warisan budaya tidak ketara wilayah, mempunyai sejarah lebih daripada 300 tahun di Liaocheng, wilayah Shandong di China Timur.

    Ma Xianming dan Ma Xianmin, pewaris warisan budaya tidak ketara ini, menubuhkan sebuah syarikat membuat jam gaya barat dan antik.

    Dengan penerokaan selama bertahun-tahun, pengumpulan pengalaman dan penyelidikan pasaran, mereka telah membuat penambahbaikan dalam penyelidikan, pembangunan dan reka bentuk mereka, serta ketukangan pembuatan jam mereka.

    Mereka bukan sahaja menghidupkan semula teknik pembuatan jam tradisional pada zaman moden tetapi juga menyebar luaskan produk seni itu ke peringkat antarabangsa. – ANN/The China Daily

    Ma Xianming memasang jam antik di Liaocheng, wilayah Shandong di China Timur. – ANN/The China Daily
    Antara jam tembaga berukir yang dijual. – ANN/The China Daily

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...