Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komited kukuh rangkaian alumni

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Lebih 100 alumni yang pernah menuntut di Australia dan keluarga mereka diraikan dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Australia di Hotel Radisson, hari ini.

    Turut hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.

    Menurut Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum, beliau berkata antara matlamat sambutan adalah untuk mengukuhkan lagi rangkaian alumni bersama sebahagian besar mereka yang telah berjaya dengan cemerlang ketika menuntut di negara itu.

    PYT Nicola Rosenblum ketika beramah mesra bersama Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi semasa Sambutan Hari Raya di Hotel Radisson, kelmarin.

    “Kami berbangga mempunyai komuniti alumni Australia di sini, dengan kebanyakan mereka berusaha untuk menyumbang ke arah mencapai kejayaan Wawasan Brunei 2035 dalam pelbagai kapasiti,” katanya.

    Dalam pada itu, Australia sebagai pendahulu utama dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti, kekal menjadi pilihan utama bagi para pelajar di negara ini untuk melanjutkan pengajian di sana.

    Sehingga kini, lebih 12,000 pelajar dari negara ini direkodkan telah melanjutkan pengajian mereka di Australia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda