Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komited pastikan aliran makanan tidak terganggu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Menteri-menteri pertanian dan perhutanan ASEAN dan menteri pertanian Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea telah mengadakan Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN bagi Pertanian dan Perhutanan ASEAN dan Menteri-menteri Pertanian Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea (AMAF Plus Three) ke-20 secara maya, kelmarin.

    Menurut kenyataan bersama AMAF Plus Three ke-20, mesyuarat berkenaan dipengerusikan bersama oleh Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Kemboja, Tuan Yang Terutama Veng Sakhon di mana ia dihadiri oleh menteri-menteri pertanian dan perhutanan ASEAN, Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea serta Setiausaha Agung ASEAN secara persidangan video di mana Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong.

    Dalam kenyataan bersama itu, menteri-menteri yang bersidang menyatakan bahawa mereka bertukar-tukar pandangan mengenai situasi pandemik COVID-19 dan menyatakan perasaan bimbang mengenai kesannya kepada kehidupan penduduk serta ekonomi termasuk gangguan kepada rantaian bekalan makanan di rantau berkenaan.

    Menteri-menteri yang bersidang juga menegaskan semula komitmen mereka untuk memastikan aliran tidak terganggu makanan di rantau berkenaan.

    Mereka juga menyatakan mengenali akan peranan penting Simpanan Beras Kecemasan ASEAN Plus Three (APTERR) dan Sistem Maklumat Sekuriti Makanan ASEAN (AFSIS) dalam mengurangkan turun naik harga yang berlebihan makanan serta bersetuju untuk meneruskan usaha bagi melaksanakan APTERR dan AFSIS secara efektif untuk memastikan bekalan stabil simpanan beras kecemasan termasuk peruntukkan maklumat pasaran yang tepat pada masanya dan tepat semasa dan selepas pandemik.

    Kenyataan juga menyatakan bahawa para menteri yang bersidang menyatakan perasaan gembira dengan pencapaian yang dibuat dalam pelaksanaan Strategi Kerjasama ASEAN Plus Three (APTCS) 2016-2025 dalam bidang-bidang strategik pengukuhan sekuriti makanan, pengurusan hutan mampan, adaptasi dan pengurangan perubahan iklim, kawalan penyakit dan kesihatan tumbuh-tumbuhan dan binatang, pembangunan kapasiti dan pembangunan sumber manusia, pengukuhan sistem maklumat dan rangkaian dan pertukaran ilmu pengetahuan, meningkatkan produktiviti, kualiti dan kebolehpasaran produk-produk pertanian serta penyelidikan dan pembangunan.

    Menteri-menteri yang bersidang juga menghargai perkembangan dalam pelaksanaan Perjanjian APTERR dan menyeru pihak-pihak APTERR lain untuk mempercepatkan penghantaran Instrument of Ratification bagi kemajuan selanjutnya pelaksanaan efektif Perjanjian APTERR.

    Para menteri yang bersidang juga menyokong pelaksanaan Garis Panduan ASEAN bagi Mempromosikan Pelaburan Bertanggungjawab dalam Makanan, Pertanian dan Perhutanan untuk memastikan bahawa pelaburan dalam makanan, pertanian dan perhutanan dalam rantau berkenaan memenuhi standard global dan mempromosi pembangunan mampan dan bertanggungjawab.

    Mereka juga mengambil maklum ancaman serius fall armyworm kepada pertanian dan sekuriti makanan rantau itu dan menggalakkan negara-negara ASEAN Plus Three untuk menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN bagi Fall Armyworm 2020-2025.

    Menteri-menteri ASEAN bagi pertanian dan perhutanan menyatakan penghargaan kepada Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea bagi sokongan dan komitmen berterusan untuk meningkatkan lagi kerjasama ASEAN Plus Three dalam makanan, pertanian dan perhutanan.

    Kenyataan bersama menyatakan lagi bahawa menteri-menteri bersidang bersetuju untuk bertemu lagi dalam Mesyuarat AMAF Plus Three ke-21 yang akan berlangsung di Indonesia pada 2021.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda