BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Negara Brunei Darussalam komited memastikan pencapaian liputan penjagaan kesihatan menyeluruh (Universal Health Coverage) seperti yang didukung oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus memastikan penjagaan kesihatan mudah diperoleh seluruh rakyat negara ini.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Mohd Isham bin Jaafar menekankan komitmen negara semasa ucapan plenari Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-71 yang berlangsung di Geneva, Switzerland bermula 21 sehingga 26 Mei yang turut diselajurkan dengan sambutan ulang tahun ke-70 WHO.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)