Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Komited tawarkan manfaat bagi kenderaan elektrik

    WASHINGTON, 21 SEPT – Seorang diplomat kanan Amerika Syarikat (AS)  mengesahkan pada Selasa mengenai komitmen negara itu untuk bersama-sama Korea Selatan melibatkan undang-undang mengenai pengurangan inflasi yang baru digubal, yang menawarkan manfaat hanya ke atas kenderaan elektrik (EV) yang dibangunkan di AS, lapor Yonhap.

    Setiausaha Bahagian bagi Pertumbuhan Ekonomi, Tenaga dan Alam Sekitar AS, Jose Fernandez juga menekankan mengenai pentingnya kerjasama ekonomi dengan Korea Selatan, semasa bertemu Naib Menteri Luar Kedua Korea Selatan Lee Do-hoon, menurut jabatan negara itu.

    “Setiausaha Bahagian mengulangi komitmen Amerika Syarikat untuk mengekalkan saluran penglibatan terbuka dengan Korea Selatan (ROK) dalam Akta Pengurangan Inflasi AS, ketika Amerika Syarikat berusaha melaksanakan perundangan penting itu,” kata jabatan itu dalam kenyataan akhbar, merujuk kepada Korea Selatan dengan nama rasminya, Republik Korea.

    Mesyuarat dua hala itu berlangsung di luar Perhimpunan Agung PBB di New York.

    “Mereka juga membincangkan kaedah untuk bekerjasama dalam menangani cabaran utama lain, termasuk usaha bersama mengenai perubahan iklim dan peluang untuk memperkukuh kerjasama di Indo-Pasifik,” menurut jabatan itu.

    Akta Pengurangan Inflasi itu yang berkuatkuasa pada Ogos, menawarkan kredit cukai kerajaan sehingga AS$7,500 kepada setiap pembeli kenderaan elektrik (EV) baharu yang dipasang di Amerika Utara, dengan kredit itu tidak libatkan kenderaan buatan Korea Selatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...