KUALA LUMPUR, 22 DIS – Kerajaan komited dalam meng-upayakan ekonomi anak negeri Sabah dan Sarawak, khususnya yang tinggal di pedalaman, dengan memberi penekanan kepada mereka mendapatkan peluang pendidikan, kemahiran dan keusahawanan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Arthur Jospeh Kurup berkata ini termasuk mempertingkat pengambilan pelajar berpotensi untuk kemasukan ke sekolah berprestasi tinggi dan institusi latihan, memupuk keusahawanan dengan fokus pada kemahiran serta bantuan pembiayaan untuk pemasaran produk.
“Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak,” tambahnya. – Bernama






























