Komiti Mengkubau anjur kelas masak roti canai

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Dalam usahanya untuk memberikan ilmu dan melengkapkan diri para belia dan keluarga yang kurang berkemampuan di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Mengkubau, Komiti Mengkubau baru-baru ini telah mengadakan kelas memasak roti canai yang berlangsung di Jalan Bukit Sinadur, kampung berkenaan.

Tujuan kelas komuniti tersebut adalah untuk membantu penduduk terutama keluarga yang kurang berkemampuan menjana ekonomi seterusnya menambah pengetahuan asas kalangan peserta selain terus mengambil langkah memeduli golongan itu dalam memajukan kampung berkenaan.

Komiti Mengkubau akan terus berusaha melaksanakan pelbagai aktiviti dalam membantu penduduk terutama dalam perkara menambah pendapatan yang mana salah satu projek yang dikenali sebagai ‘Harapan’ akan dilaksanakan nanti.

Peserta melihat lebih dekat lagi tunjuk cara pembuatan doh roti canai.