Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Komoditi kukuh rangsang pemulihan ekonomi Indonesia

    JAKARTA, 7 FEB – Ekonomi Indonesia kembali mencatat pertumbuhan pada tahun lalu ketika harga komoditi meningkat membantu menjana pemulihan daripada kemelesetan yang dicetuskan koronavirus, data menunjukkan hari ini, walaupun pegawai mengingatkan prospek bergantung pada kejayaan mengawal varian Omicron.

    Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu berkembang 3.69 peratus, kata agensi statistik negara, setelah menyusut pada 2020 untuk kali pertama sejak 1998 semasa krisis kewangan rantau.

    Pemulihan dicatat di sebalik kemerosotan kes koronavirus dan eksport memberangsangkan, tatkala harga untuk komoditi utama seperti minyak kelapa sawit, arang batu dan nikel meningkat mendadak, beritahu ketua Biro Statistik Margo Yuwono pada sidang media.

    Dalam petanda optimistik, ekonomi bertumbuh 5.02 peratus dalam tiga bulan terakhir.

    “Kami berharap momentum pemulihan ekonomi akan dikekalkan pada 2022 asalkan kami semua bersetuju bahawa protokol kesihatan adalah penting supaya kes harian akan berkurangan dan pergerakan menjadi lebih baik,” kata Yuwono. Lebihan dagangan negara untuk 2021 mencecah AS$35.34 bilion, tahap tertingginya dalam 15 tahun, lapor agensi statistik sebelumnya.

    Indonesia terjejas teruk pada Julai ketika varian Delta melanda negara, memaksa kerajaan mengenakan sekatan penjarakan sosial lebih ketat yang memberikan kesan teruk ke atas perniagaan. – AFP

    Penduduk berniaga di sebuah pasar tradisional di Jakarta kelmarin. Ekonomi Indonesia kembali mencatat pertumbuhan ketika harga komoditi meningkat dan membantu menjana pemulihan daripada kemelesetan dicetuskan koronavirus. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...