‘Komp’ bantu warga emas atasi kesunyian

OSLO – Duda Per Leif Rolid tinggal sendirian di ladangnya, perjalanan yang mengambil masa dua jam dari Oslo. Rasa kesunyiannya telah meningkat sejak meletusnya pandemik COVID-19, namun satu skrin biasa membantunya mengekalkan hubungan dengan dunia luar, tanpa memerlukan sebarang pengetahuan komputer.

Pada usia 87 tahun, Rolid tidak pernah memiliki sebuah komputer, telefon pintar ataupun tablet. Akan tetapi ia tidak menghalangnya daripada mendapatkan mesej, gambar dan panggilan video daripada cucunya yang tinggal di seluruh dunia.

Rahsianya? Satu skrin yang kelihatan seperti satu gabungan di antara televisyen jenis lama dan radio, diletakkan bersebelahan TV beliau.

Tidak adanya papan kekunci, log masuk ataupun kata laluan. Dan hanya terdapat satu butang untuk memasang mesin tersebut dan menyelaras sama ada memperlahankan atau meninggikan radio, sama seperti radio jenis lama.

Di kawasan lain, saudara boleh mengambil masa beberapa minit dalam kerja harian mereka untuk berkomunikasi dengan Rolid menerusi satu aplikasi.

Karen Dolva, CEO firma No Isolation, menunjukkan peranti teknologi bergelar Komp yang membantu warga emas yang tidak pandai menggunakan telefon pintar mengatasi kesunyian. – AFP
Seorang pekerja memasang Komp, peranti teknologi yang membantu warga emas mengatasi kesunyian semasa pandemik koronavirus. – AFP
Karen Dolva menunjukkan peranti teknologi syarikat bertujuan membantu warga emas mengatasi rasa kesunyian ketika pandemik COVID-19. – AFP

“Saya boleh melihat mereka sementara berbual dengan mereka. Saya berhubung dengan keluarga saya di rumah dan luar negara, semasa berjalan. Saya rasa seolah-olah saya boleh bersama keluarga saya sepanjang masa,” kata Rolid sambil tersenyum.

Revolusi teknologi yang telah mengubah kehidupan harian kami dalam cara yang amat besar telah menyebabkan sebahagian daripada penduduk ketinggalan di belakang.

Menurut satu kajian yang dijalankan bersama Palang Merah Britain, lebih daripada sembilan juta orang dewasa di Britain rasa kesunyian, termasuk empat juta daripada mereka yang berusia 55 tahun dan ke atas.

Di Norway, 35 peratus daripada penduduk yang berusia 67 tahun tinggal sendirian.

Perasaan kesepian bertambah buruk dengan perintah berkurung yang dikenakan semasa wabak koronavirus, tatkala warga emas diberitahu supaya mengelak kontak fizikal dengan orang lain memandangkan mereka paling mudah terjejas.

Menurut pakar psikologi dan pakar fisiologi Christopher Lien, pengasingan tambahan itu ‘amat dikesali.’

“Ramai orang tua tidak mempunyai rangkaian sosial yang besar dan sekiranya anda menambah pengasingan sosial selama beberapa minggu, adalah jelas rangkaian ini akan menjadi lebih kecil bagi kebanyakan mereka,” kata beliau.

“Dalam kes paling teruk, mereka boleh berasa keliru dari segi ruang dan masa. Mereka kehilangan hala tuju apabila mereka tidak dapat berkumpul bersama dalam rumah jagaan atau menerima kunjungan daripada kawan dan keluarga.”

Krisis virus mungkin memberikan rangsangan kepada syarikat teknologi yang menghasilkan produk untuk merapatkan jurang di antara generasi, dengan orang yang jahil teknologi di satu hujung dan rakan mereka yang pakar digital di satu hujung.

Pasaran global untuk mesin sedemikian – dikenali sebagai robot alam maya – mungkin meningkat sebanyak 20 hingga 35 peratus pada tahun ini disebabkan COVID-19, dan mungkin mencecah AS$400 juta, menurut Lian Jye Su, penganalisis teknologi di firma Penyelidikan ABI.

Skrin yang digunakan oleh Per Leif Rolid di ladangnya di Redalen adalah dibuat oleh firma baharu Norway No Isolation, yang mengkhusus dalam menggunakan teknologi untuk mengatasi kesunyian di kalangan warga emas.

“Kami tahu ia bukan sesuatu yang berlaku secara eksklusif ketika wabak pandemik, namun sudah menjadi jelas bahawa situasi ini menjejaskan teruk golongan warga emas,” kata ketua eksekutif No Isolation Karen Dolva.

“Secara tiba-tiba, keluarga sedar bahawa kami perlu memperkenalkan kepada mereka sistem dalam talian,” mendapati ‘datuk tidak perlu mempunyai pengetahuan digital untuk menjadi online.”

Skrin tersebut, dipanggil Komp, ‘menjadi tingkap mereka kepada keluarga dalam kehidupan harian.”

Selepas menjual 650 peranti berkenaan pada tahun lalu, syarikat berkata ia menjual 1,500 skrin dalam tempoh dua minggu terakhir Mac sahaja.

Di Oslo, cucu Rolid Martine Rolid Leonardsen berkata beliau telah memastikan untuk menggunakan teknologi itu lebih-lebih lagi pada masa ini untuk berkomunikasi dengan datuknya dan membantu menceriakan hidupnya yang bersendirian ketika pandemik.

“Saya sentiasa ingat untuk menghantar gambar kepadanya setiap hari,” kata beliau.

“Adalah tidak penting jika gambar bukan sekarang, disebabkan kami tidak melakukan apa-apa sekarang. Adalah penting untuk menghantar beberapa gambar dari percutian bebe-rapa tahun lalu, dan mengingatkannya tentang kehidupan sebelum wabak koronavirus. – AFP