Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kompany kini pengurus baharu Burnley

    LONDON, 14 JUN – Bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany dilantik menjadi pengurus baharu bagi pasukan Burnley, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab Liga Kejuaraan pada hari ini.

    Pengurus dari Belgium, berusia 36 tahun itu, meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Anderlecht pada bulan lalu, berkata bahawa dia sangat teruja dengan cabaran yang akan datang.

    “Kelab Bola sepak Burnley adalah pasukan Inggeris yang terkenal dalam sejarah dan menjadi satu penghormatan kerana dilantik menjadi pengurus kesebelasan utama,” kata Kompany, yang menggantikan tempat Mike Jackson.

    Sementara itu, Jackson meng-gantikan Sean Dyche pada April lalu tetapi tidak mampu menyelamatkan pasukan daripada tersingkir dari Kejohanan tier kedua.

    “Saya teruja dengan cabaran akan datang ini,” kata Kompany.

    “Saya tidak sabar ingin bekerjasama dengan para pemain dan menghasilkan mutu pasukan yang positif dan memenangi perlawanan apabila kami kembali ke Turf Moor. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...