Kompasu diramal badai Laos

VIENTIANE, 13 OKT – Biro cuaca Laos menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan lembah dan di sepanjang tebing sungai sentiasa berwaspada kemungkinan tanah runtuh, banjir dan angin kencang berikutan siklon tropika Kompasu diramal melanda negara ini.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Laos yang dikeluarkan kelmarin, siklon Kompasu dijangka membadai selatan dan tengah Laos dalam beberapa hari lagi, lapor Xinhua.

Kompasu dijangka menyeberangi Laut China Selatan bermula Selasa hingga hari ini.

Kawasan tengah dan selatan Laos diramal mengalami banjir akibat hujan lebat dengan wilayah Saravan dijangka terjejas teruk. – Bernama