Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kompleks Darul Kifayah Labuan siap

    LABUAN, 5 Jan – Selepas beberapa dekad menunggu bagi pembinaan, Kompleks Darul Kifayah, satu daripada bangunan paling penting di Labuan, akhirnya siap.

    Bangunan berharga RM26 juta yang dihiasi serba indah dengan kaligrafi Arab dan bertatahkan batu separa bernilai telah siap sepenuhnya pada 2 Jan dan bakal mengubah landskap pulau itu.

    Kompleks seni bina Islam milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan di Jalan Tanjung Purun di sini, mengguna pakai pelbagai teknologi, teknik  dan ciri-ciri lain yang baharu yang menjadikan kompleks itu sangat berbeza dengan bangunan pentadbiran kerajaan yang lain.

    Pengetua Darul Kifayah, Abd Fatah Hafiz berkata kompleks tersebut dibina untuk memanfaatkan pelajar dari golongan asnaf, Mualaf dan anak yatim.

    Kompleks berharga RM26 juta itu akhirnya siap tahun ini. – Bernama

    “Kompleks itu dilengkapkan dengan sekolah agama rendah dan menengah berasrama, dewan serba guna, teater makanan, bangunan pentadbiran sendiri, surau dan kuarters kakitangan dan lokasinya jauh dari kesibukan suasana bandar,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata pengambilan baharu seramai 64 pelajar selain 250 pelajar senior (dari SM Agama MAIWP) telah bermula pada 2 Jan dan pelajar-pelajar tersebut ialah dari Labuan, Sabah dan Sarawak.

    Fatah berkata, daripada 64 pelajar baharu, 18 ialah pelajar  sekolah rendah dan 46 pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada pelajar dari golongan asnaf, yatim piatu dan mualaf.

    Kompleks itu juga lengkap dengan kemudahan untuk mengadakan mesyuarat dan acara komuniti yang lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda