Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kompleks hiburan sukan digital akan dibina

    KOTA BHARU, 3 JULAI – Sebuah kompleks pelbagai guna berkonsepkan hiburan sukan menggunakan elemen digital bernilai RM6 juta akan dibina di Ketereh.

    Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata kompleks seluas 23 hektar itu dijangka dibangunkan setelah rundingan selesai tahun ini.

    “Pada masa ini, proses perundingan untuk pembelian tapak yang bernilai lebih kurang RM10 juta sudah berada pada peringkat akhir Julai ini.

    “Setiap permainan dan persembahan kesenian akan ditambah baik serta dipersembahkan dalam elemen digital berkonsepkan pencahayaan serta sistem bunyi yang berteknologi tinggi,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan dan penyampaian hadiah pertandingan akhir Seni Silat Jatuh RTM 2022 di RTM Kelantan, di sini, kelmarin. Annuar yang juga ahli parlimen Ketereh berkata setakat ini, kompleks dengan konsep tersebut belum ada di Malaysia.

    Tan Sri Annuar Musa semasa menyampaikan ucapan perasmian sempena majlis penutup dan penyampaian hadiah bagi pertandingan akhir Seni Silat Jatuh RTM 2022 di Dewan Terbuka KelantanFM. – Bernama

    “Setelah siap reka bentuk, saya mahu duduk bersama Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri Kelantan, Datuk Md Anizam Ab Rahman untuk mendapatkan input persatuan berkaitan silat kerana mereka lebih pakar dan kita akan buat rundingan.

    “Usaha ini adalah sebagai sumbangan kita untuk memelihara warisan Kelantan.

    Sebenarnya ia mengambil sedikit masa kerana saya mempunyai dua pilihan tempat bukan sahaja untuk pembinaan gelanggang silat, saya juga berhasrat mewujudkan perusahaan batik, kraf dan sebagainya untuk dijadikan tempat tarikan,” katanya.

    Annuar berkata kompleks yang akan dimajukan itu mempunyai beberapa kumpulan dan akan dijalankan secara berperingkat.

    “Insya-Allah ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Kelantan sebab saya pergi ke Sarawak saya lihat ada Sarawak Cultural Village dan saya pergi ke banyak tempat mereka ada pusat mereka dan sebagainya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...