Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kompleks Rumah Kebajikan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Pasukan Kompleks Rumah Kebajikan ‘A’ menjuarai Kejohanan Futsal antara Bahagian-bahagian Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) 2017 selepas menumpaskan Pasukan Bantuan Am dalam perlawanan akhir dengan jaringan 3-1. Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh Pasukan Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak setelah menewaskan Pasukan Daerah dan Perhubungan Awam dengan kemenangan menerusi sepakan penalti.

    Kejohanan futsal tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, telah disaksikan oleh Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti POKSSP Dato Paduka Haji Mohd Tahir, dan seterusnya berkesudian untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Juara menerima hadiah pingat dan piala rebutan yang disumbangkan oleh Pengarah Pembangunan Masyarakat, selain menerima piala pusingan selaku juara liga.

    Juara Kejohanan Futsal antara Bahagian-bahagian JAPEM 2017 disandang oleh Pasukan Kompleks Rumah Kebajikan ‘A’ selepas menewaskan Pasukan Bantuan Am.
    Juara Kejohanan Futsal antara Bahagian-bahagian JAPEM 2017 disandang oleh Pasukan Kompleks Rumah Kebajikan ‘A’ selepas menewaskan Pasukan Bantuan Am.

    Kejohanan sehari yang dianjurkan buat kali ke-11 ini disertai oleh enam buah pasukan iaitu Pasukan Gabungan Daerah dan Perhubungan Awam; Pasukan Bantuan Am; Pasukan Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak; Pasukan Kompleks Rumah Kebajikan ‘A’; Pasukan Gabungan Kompleks Rumah Kebajikan ‘B’; Pentadbiran dan Kewangan; dan Pasukan Orang Kelainan Upaya.

    Kejohanan futsal ini merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh bahagian-bahagian di jabatan ini secara bergilir-gilir. Pada tahun ini, kejohanan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, JAPEM.

    Kejohanan ini antara lain bertujuan untuk mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan pegawai dan kakitangan melalui aktiviti sukan yang diadakan. Melalui kejohanan antara bahagian-bahagian ini juga bertujuan untuk memilih pemain-pemain terbaik yang akan mewakili jabatan ini di kejohanan peringkat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda