SANDAKAN, 9 OKT – Kompleks Sukan Sandakan di sini akan dijadikan Pusat Rawatan COVID-19 bagi pesakit COVID-19 yang stabil, kata Pengarah Hospital Duchness of Kent (HDOF) Dr Francis Paul hari ini.
Beliau berkata persediaan untuk menjadikan dewan serba guna kompleks itu sebagai wad dengan menempatkan 200 katil bermula hari ini dan dijangka beroperasi minggu depan.
“Kompleks Sukan Sandakan menjadi alternatif untuk menampung pesakit COVID-19 berikutan peningkatan drastik kes positif COVID-19 di Sandakan.
“Peningkatan jumlah itu boleh membawa kepada lebihan kapasiti di HDOK,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama