Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komplot serang bangunan parlimen ‘serangan terancang’

    JAKARTA, 4 Jun – Polis Indonesia semalam berkata komplot untuk menyerang bangunan parlimen pusat dan serantau telah ditetapkan oleh suspek-suspek pengganas yang telah diberkas baru-baru ini di wilayah Riau.

    Jurucakap Ibu pejabat Polis Indonesia Setyo Wasisto berkata salah seorang yang diberkas mempunyai kemampuan mendalam mengaturkan bom letupan triacetone triperoxide (TATP) dan empat biji bom diaturkan oleh suspek-suspek dalam premis-premis kampus.

    Setyo yang berada di pejabatnya berkata ‘Mereka menyeru bagi serangan ke atas bangunan parlimen pusat dan serantau Riau.”

    Setyo menambah kata pengatur bom, yang dikenal pasti sebagai MNZ, 33 tahun juga mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas yang menyerang ibu pejabat polis Riau pada 16 Mei lalu.

    Merujuk kepada hasil soal siasat polis ke atas MNZ, dia berkata MNZ pernah menerima arahan untuk membuat bom dari para pengganas yang akhirnya terbunuh dalam serangan ke atas ibu pejabat polis.

    Polis Indonesia mengenal pasti kumpulan yang telah melancarkan serangan di ibu pejabat polis wilayah Riau adalah anggota kumpulan Jamaah Ansharud Daulah (JAD), kumpulan radikal ditubuhkan di negara itu yang telah menyatakan taat setianya kepada kumpulan pengganas Islam IS antarabangsa (IS).

    Setyo berkata polis telah menamakan MNZ sebagai suspek, manakala dua orang lagi masih dinamakan saksi-saksi kepada kes penyiasatan bom. Mereka adalah bekas pelajar di kampus itu.

    Penahanan tiga suspek pengganas dilakukan Sabtu lalu di premis-premis kampus Universiti Riau di bandar wilayah Riau, Pekanbaru.

    Selain daripada penemuan empat bom yang sedia untuk digunakan, pihak polis juga merampas bahan bagi letupan yang terbentuk serbuk, kabel, dua bag galas mengandungi beberapa benda mencurigakan kepunyaan para suspek.

    Menurut polis bom TATP yang ditemui di kampus Riau adalah sama dengan bahan letupan kuat yang pernah digunakan oleh para pengebom tiga buah gereja di Surabaya pada 13 Mei lalu yang mengorbankan berbelas-belas orang awam dan penjenayah-penjenayah. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda