RAMALLAH, 3 Feb – Kerajaan Jepun kelmarin secara keras kesal dengan kelulusan Israel terhadap pembangunan bagi kira-kira 3,000 unit perumahan di penempatan Yahudi di Tebing Barat.
Setiausaha Media Luar Jepun, Norio Maruyama berkata pengumuman itu tiba meskipun beberapa kali panggilan dari komuniti antarabangsa termasuk Jepun untuk membekukan aktiviti-aktiviti penempatan.
Maruyama menambah, “Aktiviti-aktivit penempatan adalah dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa dan Jepun telah berkali-kali meminta Kerajaan Israel untuk membekukan sebarang aktiviti penempatan sama sekali.” – NNN