Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Komuniti Filipina sertai kempen derma darah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Sebagai tanggungjawab sosial dalam sama-sama membantu menambah bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kumpulan Komuniti Filipina di negara ini telah menyertai kempen menderma darah di pusat tersebut, baru-baru ini.

    Lebih 35 orang ahli kumpulan yang turut disertai oleh rakan-rakan terdekat telah berjaya menderma darah.

    Allan Mabute Rodriguez yang mengetuai delegasi berkenaan, ketika dihubungi secara dalam talian, menjelaskan bahawa inisiatif itu merupakan kegiatan amal yang amat dinanti-nantikan sejak penghujung tahun lalu namun disebabkan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi maka terpaksa ditunda buat sementara waktu. Dengan sokongan padu daripada komuniti Filipina yang lain, beliau turut merakamkan kegembiraan kerana matlamat mereka untuk sama-sama menderma darah tercapai.

    “Kami begitu bersungguh-sungguh mengikut segala SOP yang ditetapkan bagi memudahkan para doktor dan jururawat menjalankan tugas mereka dengan teratur dan lancar.

    “Sememangnya dengan adanya kegiatan sebegini, ia adalah sebagai salah satu usaha kami di negara ini untuk menyelamatkan nyawa insan-insan yang memerlukan darah, di samping itu, ia juga memberi manfaat kepada kami bagi menjaga kesihatan tubuh badan dengan baik,” kongsinya lanjut.

    Salah seorang ahli daripada komuniti Filipina menderma darah di Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...