Konferensi video EU tangani isu COVID-19

BRUSSELS, 16 MAC – Ketua-ketua Kesatuan Eropah (EU) akan mengambil bahagian dalam krisis konferensi video esok bagi mengkoordinasi langkah-langkah untuk mencegah penyebaran koronavirus.

“Mengawal penyebaran virus, menyediakan kelengkapan perubatan yang secukupnya, meningkatkan penyelidikan dan menyekat kemunduran ekonomi adalah kunci penting,” menurut Ketua Konsulat Eropah, Charles Michel menerusi akaun Twitter.

Seramai 27 orang ketua-ketua EU akan mengadakan sidang kemuncak – dianjurkan oleh Michel – sehari selepas G7 mengadakan konferensi video yang sama.

Eropah kini menjadi titik permulaan global bagi penularan koronavirus menurut Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), dan Brussels cuba untuk mengkoordinasi langkah-langkah yang patut diambil. Beberapa buah negara telah mengambil langkah menutup sempadan atau membuat kawalan ketat, meskipun ketua-ketua EU menyeru agar membuat langkah-langkah pencegahan yang lebih fleksibel.

Menteri-menteri kewangan dari zon Eropah yang menggunakan satu mata wang yang sama akan membuat perjumpaan melalui video hari ini, dengan benua tersebut membuat persediaan pakej kewangan untuk menstabilkan ekonomi. Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata beliau telah mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut dengan Konsulat Jerman, Angela Merkel, Ketua Pesuruhjaya EU, Ursula von der Leyen dan Michel sebelum perjumpaan esok.

“Kami bekerjasama di antara negara-negara Eropah,” Presiden Perancis memberitahu melalui Twitter, menjangkakan akan ada gesaan ‘keputusan yang mendesak dalam beberapa jam akan datang’.

Pegawai-pegawai EU dijangkakan membuat pengumuman langkah-langkah untuk mengkoordinasi sekatan perjalanan hari ini. – AFP

Beberapa buah negara telah mengambil langkah menutup sempadan atau membuat kawalan ketat bagi mencegah penularan koronavirus, tetapi ketua-ketua EU menyeru agar membuat langkah-langkah pencegahan yang lebih fleksibel. – AFP