Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konflik Israel: Dua warga Palestin terbunuh

    BAITULMUQQADIS, 23 Julai – Dua penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel semalam tatkala tentera bergerak masuk untuk mengepung rumah seorang penyerang selepas keganasan berhubung langkah keselamatan di satu tapak suci.

    Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan rundingan tertutup esok mengenai keganasan yang meningkat selepas Mesir, Perancis dan Sweden berusaha mengadakan mesyuarat untuk membincang cara-cara menyokong permintaan untuk menghentikan keganasan di BaitulMaqdis.

    Kematian menyusuli pertumpahan darah pada Jumaat,apabila seorang penduduk Palestin berusia 19 tahun membunuh tiga peneroka Israel di Tebing Barat dan tiga penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel. Semalam, belia Palestin melontar batu dan bom petrol tatkala tentera menggunakan jentolak untuk menutup kampung penyerang berusia 19 tahun di Tebing Barat dan bersiap sedia untuk meroboh rumah berkenaan.

    Israel selalu menghukum keluarga penyerang dengan meroboh atau menutup rumah mereka sebagai langkah pencegahan, walaupun kumpulan hak berkata perbuatan berkenaan adalah bersamaan dengan hukuman kolektif. Pertempuran juga meletus di timur BaitulMaqdis dan kampung Palestin lain di Tebing Barat berhampiran BaitulMaqdis, kata polis, menambah langkah anti-rusuhan digunakan ke atas mereka. Di lintasan Qalandiya di antara Tebing Barat dan BaitulMaqdis, sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin cedera, kata kementerian kesihatan Palestin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda