Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Konflik Myanmar: Indonesia guna ‘diplomasi senyap’

    JAKARTA, 5 MEI – Indonesia menggunakan ‘diplomasi senyap’ untuk berbincang dengan semua pihak berkaitan krisis di Myanmar dan memacu usaha damai yang diperbaharui di negara yang dibelenggu keganasan itu, kata Menteri Luar, Retno Marsudi (gambar-AFP) hari ini.

    Indonesia selaku negara ekonomi terbesar Asia Tenggara dan pengerusi ASEAN pada tahun ini, berharap untuk memulakan rancangan lima tahun yang dipersetujui dengan junta Myanmar sejak dua tahun lalu, selepas cubaan menamatkan keganasan gagal.

    “Pada peringkat awal jawatan pengerusinya, Indonesia memutuskan untuk mengambil pendekatan diplomasi bukan megafon.

    “Matlamatnya adalah untuk memberi ruang kepada pihak terbabit membina kepercayaan. Diplomasi senyap tidak bermakna Indonesia tidak melakukan apa-apa,” katanya. Kenyataan itu dibuat menjelang sidang kemuncak pertama daripada dua sidang kemuncak tahunan pemimpin ASEAN yang akan dipengerusikan Indonesia.

    Sidang kemuncak pertama akan diadakan di Pulau Flores minggu depan, tanpa menjemput Myanmar. Mengulas lanjut, Retno berkata, langkah diplomasi yang dimulakan Jakarta sejak awal tahun ini, termasuk 60 pembabitan dengan semua pihak dalam konflik yang diharapkan menjadi modal untuk mengembangkan usaha seterusnya bagi menyelesaikan krisis.

    Ia termasuk kerajaan bayangan Myanmar yang kebanyakannya terdiri daripada penentang junta dan kumpulan bersenjata dalam kalangan etnik minoriti.

    Myanmar telah dilanda pergolakan sejak tentera menggulingkan kerajaan dipimpin Aung San Suu Kyi pada Februari 2021.

    Selain itu, junta juga mengenakan tindakan keras bagi mereka yang berbeza pendapat dan mencetuskan kekacauan sosial dan krisis ekonomi. Sementara itu, seorang pegawai Kementerian Luar memberitahu AFP, setiap anggota ASEAN dimaklumkan mengenai rundingan dengan semua pihak. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...