Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Konflik Russia-Ukraine: M’sia ambil langkah kawal harga bahan makanan

    BELURAN, 20 MAC – Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah intervensi bagi memastikan konflik Rusia-Ukraine, tidak menjejaskan pengeluaran makanan dan mengawal harga bahan makanan di negara ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

    Beliau berkata antara langkah intervensi itu, termasuk menyediakan subsidi kepada beberapa bahan makanan seperti ayam dan telur, bagi menghadapi sebarang faktor luar jangka akibat konflik dua negara tersebut.

    “Kerajaan merupakan kerajaan yang prihatin. Kita (kerajaan) akur akan kenaikan harga kos yang di luar kawalan, menyebabkan kos pengeluaran bahan makanan di negara kita terkesan dan meningkat sedemikian rupa.

    “Kerajaan mengambil pelbagai langkah dan intervensi jangka pendek dan panjang memastikan pengeluaran tidak terjejas dan mengawal kenaikan harga kepada pengguna disebabkan kenaikan kos input dari luar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan titian konkrit di Kampung Keniogan dekat sini hari ini.

    Mengenai titian konkrit di Kampung Keniogan itu beliau berkata pembinaannya bermula 4 Mei tahun lepas dan siap 13 Mac, dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan kos hampir RM1 juta. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...