Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Konflik Ukraine undang risiko perang dunia ketiga

    KYIV, 26 APRIL – Rusia memberi amaran bahawa konflik di Ukraine berupaya menjadi semakin meruncing sehingga mencetuskan perang dunia ketiga.

    Moscow turut mendakwa Kyiv memanipulasi rundingan damai sebelum ini, sehari selepas kunjungan pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) yang berkata pasukan tentera Ukraine mampu memberi tentangan balas terhadap pencerobohan Rusia.

    Konflik itu mencetuskan sokongan bertali arus dalam kalangan negara Barat, sekali gus menyaksikan kemasukan pelbagai bekalan senjata ke Ukraine demi membantu negara berkenaan berdepan dengan tentera Rusia.

    Bercakap kepada agensi berita Rusia, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, menyuarakan kritikan terhadap pendekatan Kyiv yang dilihat cuba menyulitkan proses rundingan damai, selain memberi gambaran bahawa tindakan sedemikian mengundang risiko meletusnya perang dunia ketiga.

    “Ia memang benar, awda tidak boleh perlekehkannya,” katanya.

    Meskipun rundingan bersama Kyiv masih diteruskan, Lavrov mendakwa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, sebenarnya sekadar berlakon untuk mengadakan proses rundingan, selain berkata: “Awda akan menemui seribu bentuk percanggahan”.

    Sejak kebelakangan ini, Zelensky meminta bantuan bekalan senjata berat, termasuk pesawat tempur daripada sekutu negara barat Ukraine, dengan menyuarakan janji bahawa pasukan tentera Kyiv mampu memberi tentangan balas dengan kekuatan persenjataan yang mencukupi.

    Gesaan itu dilihat disahut pelbagai pihak, dengan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berjanji untuk menyalurkan bekalan pelbagai jenis senjata berat dan peralatan, meskipun berdepan tentangan dari Moscow. – AFP

    Seorang anggota tentera berjalan di tengah runtuhan bangunan yang rosak oleh pengeboman Rusia berdekatan Kharkiv, Ukraine pada 25 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...