Kongres AS keluar sepina kepada Rumah Putih

WASHINGTON, 6 OKT – Jawatankuasa Kongres yang menjalankan siasatan undang-undang ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan Rumah Putih untuk menyerahkan dokumen bagi menyokong siasatan itu, kata panel.

Ketua jawatankuasa yang diketuai parti Demokrat dalam satu kenyataan berkata, mereka menghantar surat kepada pemangku Ketua Kakitangan Rumah Putih, Mick Mulvaney untuk menuntut dokumen berkaitan dakwaan yang Trump menekan Ukraine untuk mendapatkan bantuan politik.

“Rumah Putih enggan terbabit mahupun memberi maklum balas kepada beberapa permintaan Jawatankuasa kami untuk menyerahkan dokumen secara suka rela,” kata pengerusi dalam satu kenyataan.

“Selepas hampir sebulan, jelas bahawa Presiden memilih jalan untuk menentang, menghalang dan menutup,” kata pengerusi lagi. – AFP